BIODATA IZZUE
Nama Sebenar : Muhammad Izzul Islam B Mazlan
Nama Komersial : Izzue Islam
Nama timangan : Eju , Ayie dan Izzue
Usia : 23 tahun
Tarikh lahir : 2 Jun 1990
Berasal dari : Kota bahru , Kelantan
Pendidikan : SPM
Drama : Sebenarnya Saya Isteri dia , Gemilang , Cita dan Cinta , Aishiteru ,Papa Nak Kahwin , Bola Cinta.
Filem : King Kapcai , Chikaro dan 29 Februari
Warna kegemaran : Biru
Nombor kegemaran : 11 kerana ia melambangkan nama saya iaitu Izzue Islam
Makanan kegemaran : Ikan rebus goreng
- Suka dengan barangan antik
- Tidak suka tidur di atas tilam sebaliknya suka tidur di atas lantai beralaskan kain pelikat
- Bukan jenis lelaki METROSEKSUAL
- Impian perkahwinannya lebih kepada konsep alam semulajadi
- Tidak pandai berfesyen sebaliknya pakai apa yang dirasakan selesa dan menarik dipandang mata
- Gemar makan ketam walaupun dia alergik pada makanan laut
PENGETAHUAN
IZZUE ISLAM telah selamat diijabkabulkan dan selamat menjadi seorang suami kepada Awin
5 PERKARA TENTANG EJU
5 PERKARA TENTANG EJU
1) Izzue tidak lagi menjamah durian setelah muntah akibat mabuk ketika menaiki kereta dari Kelantan ke Kuala Lumpur di usia 15 tahun.
2) Izzue menganggap dirinya buta warna kerana tidak begitu mengenali warna. Di matanya, warna biru yang merupakan warna kegemarannya lebih menonjol jika dibandingkan dengan warna lain. Jelas Izzue, almari pakaiannya penuh dengan baju-baju berwarna biru.
3) Dilantik menjadi pengawas sekolah ketika berada di tingkatan 2. Namun, dilucutkan jawatan ketika berada di tingkatan 3 kerana kenakalannya.
4) Mengakui susah bangun pagi. Namun dek kerana selalu terikat dengan penggambaran di waktu pagi, Izzue cuba membiasakan diri untuk bangun pagi.
5) Izzue mempunyai tiga jam penggera untuk mengejutkannya bangun tidur. Namun, dia mengalami kesukaran untuk terjaga dengan bunyi tersebut. Dia lebih senang dikejutkan melalui panggilan telefon.
